Sunday, December 20, 2009

Taman Botani atau Taman Negara??

Bagi saya taman negara lebih perlu kerana ia bukan sahaja untuk tumbuh tumbuhan tetapi secara tidak langsung menjadi habitat semula jadi haiwan liar. Agak mengejutkan beruang matahari semakin jarang ditemui tetapi dengan adanya taman negara atau hutan simpan kepupusan dapat dibendung sekali gus mengawal pemanasan global bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

walaubagaimanapun taman botani juga boleh mengurangkan masalah alam sekitar seperti pulau haba. taman botani lebih sesuai jika di wartakan di tengah bandar yang boleh dikatakan sesuai. maksudnya bandar yang tidak terlalu sibuk. Taman ini bukan sahaja menarik minat pelancong untuk melawat tetapi memberi kesedaran bahawa pokok yang terdapat di taman berkenaan bukan sahaja cantik tetapi juga boleh mengawal perubahan iklim.

p/s: kalau satu pokok bunga mana boleh kawal perubahan iklim. kalau ditanam dengan banyak barulah pokok tu berkerjasama mengawal perubahan iklim ingat apa yang penting 'kerjasamalah' pokok pun berkerjasama tau!






No comments:

Post a Comment