Wednesday, November 25, 2009

hal global warming (final part)

Kali ini saya akan menceritakan secara menyeluruh tentang sebab global warming dan cara mencegahnya. Marcapada ini, kita sering dengar tentang gas penyaman udara kenderaan R-12. jika terdapat penyaman udara jenis ini di kenderaan anda, anda haru menukarkan gas ini di bengkel yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar. ini kerana, gas R-12 mempunyai CFC yang boleh menipiskan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon bukan sahaja boleh menyebabkan pemanasan global bahkan juga lain lain sebab yang merbahaya.

Pulau haba merupakan sebab yang paling popular pernah kita dengar . Punca fenomena ini ialah dimana bandaraya yang sesak dengan bangunan tinggi yang menghalang aliran angin dan juga haba dari matahari. ketiadaan pokok di sekeliling mengurangkan kadar kelembapan di sekitar bandaraya metropolis.

Disini saya mencadang kan sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua:-
  • menanam pokok disekeliling rumah anda (renek atau rendang)
  • mengurangkan pembakaran sampah. lakukan pengurusan sampah yang lebih baik.
  • banyak kereta banyak asap. lakukan 'kongsi kereta'.
Cadangan diatas ini mungkin berguna kepada anda yang dirumah. Akhir kalam sampai disini sahaja hal global warming . sebarang kesilapan harap maaf, kerana saya masih baru saya perlukan sedikit tunjuk ajar. Trimas!!

1 comment: