Sunday, December 20, 2009

Taman Botani atau Taman Negara??

Bagi saya taman negara lebih perlu kerana ia bukan sahaja untuk tumbuh tumbuhan tetapi secara tidak langsung menjadi habitat semula jadi haiwan liar. Agak mengejutkan beruang matahari semakin jarang ditemui tetapi dengan adanya taman negara atau hutan simpan kepupusan dapat dibendung sekali gus mengawal pemanasan global bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

walaubagaimanapun taman botani juga boleh mengurangkan masalah alam sekitar seperti pulau haba. taman botani lebih sesuai jika di wartakan di tengah bandar yang boleh dikatakan sesuai. maksudnya bandar yang tidak terlalu sibuk. Taman ini bukan sahaja menarik minat pelancong untuk melawat tetapi memberi kesedaran bahawa pokok yang terdapat di taman berkenaan bukan sahaja cantik tetapi juga boleh mengawal perubahan iklim.

p/s: kalau satu pokok bunga mana boleh kawal perubahan iklim. kalau ditanam dengan banyak barulah pokok tu berkerjasama mengawal perubahan iklim ingat apa yang penting 'kerjasamalah' pokok pun berkerjasama tau!






Wednesday, November 25, 2009

hal global warming (final part)

Kali ini saya akan menceritakan secara menyeluruh tentang sebab global warming dan cara mencegahnya. Marcapada ini, kita sering dengar tentang gas penyaman udara kenderaan R-12. jika terdapat penyaman udara jenis ini di kenderaan anda, anda haru menukarkan gas ini di bengkel yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar. ini kerana, gas R-12 mempunyai CFC yang boleh menipiskan lapisan ozon. Penipisan lapisan ozon bukan sahaja boleh menyebabkan pemanasan global bahkan juga lain lain sebab yang merbahaya.

Pulau haba merupakan sebab yang paling popular pernah kita dengar . Punca fenomena ini ialah dimana bandaraya yang sesak dengan bangunan tinggi yang menghalang aliran angin dan juga haba dari matahari. ketiadaan pokok di sekeliling mengurangkan kadar kelembapan di sekitar bandaraya metropolis.

Disini saya mencadang kan sesuatu yang mungkin berguna kepada anda semua:-
  • menanam pokok disekeliling rumah anda (renek atau rendang)
  • mengurangkan pembakaran sampah. lakukan pengurusan sampah yang lebih baik.
  • banyak kereta banyak asap. lakukan 'kongsi kereta'.
Cadangan diatas ini mungkin berguna kepada anda yang dirumah. Akhir kalam sampai disini sahaja hal global warming . sebarang kesilapan harap maaf, kerana saya masih baru saya perlukan sedikit tunjuk ajar. Trimas!!

hal global warming (part 2).

salam...

Jika semalam saya ada menyatakan kenaikan suhu di kawasan tanah tinggi. Hari ini saya akan membuat ulasan tentang punca kenaikan suhu .

Terdapat beberapa punca utama yang menyebabkan global warming. Punca yang pertama ialah pembakaran secara terbuka. pembakaran sampah yang 'material'nya merupakan plastik tidak boleh dibakar dengan begitu sahaja, ia harus di kitar semula. Ini kerana gas yang di hasilkan merupakan gas beracun dan bukan sahaja boleh mengancam suhu dunia, tetapi juga nyawa manusia. Saya syorkan agar kita semua mengitar semula semua bahan termasuklah kayu, pakaian, langsir, perabot dan bahan elektronik (telefon bimbit, mp3,PSP dan laptop).kerana ini lebih baik daripada membakarnya. Pembakaran terbuka bukan sahaja meningkat kan suhu bahkan juga merupakan punca pencemaran udara dan akhirnya pencemaran udara yang kronik boleh mencetuskan JEREBU.

jerebu menyebabkan suhu sekeliling meningkat secara mendadak

pencemaran udara punca jerebu.

Tuesday, November 24, 2009

hal global warming (part 1).



YAA nature in service. Mementingkan kesederhanaan dan alam sekitar serta hal hal yang sama topik dengannya. nikmatilah pics yang di bawah ini:-


nun jauh di sana merupakan gunung semeru meletuskan asap

ni pun kat surabaya.
ni lembah semeru .


konklusinya walau pun indonesia tu tidak semaju negara kita tapi kat situ kaya dengan alam semula jadi dan semuanya cantik dan tidak terusik macam Brastagi di medan (picnya di bawah)



brastagi tak banyak berbeza dengan cameroon highland antara persamaannya:-
  • suhu sekeliling
  • tanaman strawberi
  • tanaman sayur mayur
  • keadaan berkabus.
walaubagaimanapun keadaan suhu di cameroon highland semakin meningkat akibat
'global warming'.mungkin pembalakan tidak terkawal jadi saya tegaskan kalau kita tidak dapat mengawal pembalakan di Malaysia ini nescaya keadaan 'global warming' akan berterusan dan persamaan pertama yang saya buat diatas mungkin tidak boleh dikatakan satu persamaan.



cameroon highland (2007)